Sekian Terima kasih...Thank you semua!!! Love you all!! :P
MUHAMMAD NUR HANIF BIN IBRAHIM
23 YEAR'S OLD
LOVE MUSIC AND LOVE GUITAR
STUDENT FROM UNIMAP
MUSIC IS MY ESCAPE
LOVE MUSIC AND LOVE GUITAR
STUDENT FROM UNIMAP
MUSIC IS MY ESCAPE
Assalamualaikum w.b.t,
Kali ni saja-saja nak post pasal cinta..Tak tahu kenapa tiba-tiba pulak nak post benda pasal cinta nieh...
Ok takpelah, sekarang ni aku nak cerita macam mana nak kenal pasti atau mengetahui sama ada seseorang (Perempuan) tu menyintai kita (Lelaki). Untuk mengetahui seseorang perempuan itu menyintai lelaki tersangatlah banyak sebab benda nie terpulang
kepada individu itu sendiri. Jadi disini aku nak bagitahu dahulu sebelas langkah seseorang itu menyukai kita. Hehehe :P
1. Dia sering membuat
‘eye contact’ dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan
besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali
dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seseorang
yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.
2. Dia akan cuba mencari
cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan
soalan ataupun bertanya khabar, sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.
3. Ketika dia berborak
dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung
bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan
malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah
perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.
4. Dia lebih cenderung
untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh
tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya ‘body contact’ dalam
permainan rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.
5. Apabila ditanya sama
ada dia suka siapa, dia akan kata, “adalah…” sambil memberikan senyuman.
Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan
seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat
reaksi anda.
6. Dia juga akan
bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan
mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap
gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan
tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa
cemburu.
7. Ketika anda dan dia
keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda
sama ada anda sedar atau tidak.
8. Si dia akan
mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan
“bosannye…..” atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si
dia agak terdesak untuk mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan
“aku belanja”.
9. Dia tahu mengenai hal
peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda
tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak
tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia
ialah seorang ‘stalker’! :P
10. Apabila anda telah
mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita
tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat
memuja anda.
11. Dia akan cuba untuk
sentiasa bersama anda. Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi
peneman ketika anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda
atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu
hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.
Assalamualaikum w.b.t..
Kali ni aku nak post
gambar-gambar member unimap aku dekat sini…sebab sebelum ni tak pernah post
apa-apa pun pasal member unimap aku nieh..dah masuk sem 5 baru terhegeh-hegeh
nak post pasal diorang..Haha…Kejam tak aku?? Sangat-sangat kejam kan…Haha..Takpelah
yang penting sekarang aku dah berjaya buat entry untuk diorang..Haha..Dekat
bawah nieh ada la gambar-gambar mengarut yang kiteorang ambik..Bosan-bosan
tunggu bas snap-snap la sekejap..almaklumlah handphone masing-masing semuanya
canggih-canggih belaka, termasuklah aku sekali..Haha..Takpelah just enjoy what I
have did..Lepas ni baru post detail punye pasal diorang..Buat masa ni post
gambar-gambar mengarut jelaa..Hihi :P
Serba sedikit dialog yang berada di minda kami :P
© Copyright .. All rights reserved.
Designed by FTL Wordpress Themes | Bloggerized by FalconHive.com
brought to you by Smashing Magazine