• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
Blue Orange Green Pink Purple

MUHAMMAD NUR HANIF BIN IBRAHIM

23 YEAR'S OLD


LOVE MUSIC AND LOVE GUITAR


STUDENT FROM UNIMAP


MUSIC IS MY ESCAPE

No caption, just pictures only :P





















Sekian Terima kasih...Thank you semua!!! Love you all!! :P




Read More 0 comments | Dicoret oleh anip ibrahim edit post

C.I.N.T.A


Assalamualaikum w.b.t,


Kali ni saja-saja nak post pasal cinta..Tak tahu kenapa tiba-tiba pulak nak post benda pasal cinta nieh...
Ok takpelah, sekarang ni aku nak cerita macam mana nak kenal pasti atau mengetahui sama ada seseorang (Perempuan) tu menyintai kita (Lelaki). Untuk mengetahui seseorang perempuan itu menyintai lelaki tersangatlah banyak sebab benda nie terpulang kepada individu itu sendiri. Jadi disini aku nak bagitahu  dahulu sebelas langkah seseorang itu menyukai kita. Hehehe :P

1. Dia sering membuat ‘eye contact’ dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seseorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.

2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar, sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.

3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.

4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya ‘body contact’ dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.

5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, “adalah…” sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda.

6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.






7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.

8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan “bosannye…..” atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan “aku belanja”.

9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang ‘stalker’! :P

10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda.

11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.
Read More 0 comments | Dicoret oleh anip ibrahim edit post

Member Unimap



Assalamualaikum w.b.t..


Kali ni aku nak post gambar-gambar member unimap aku dekat sini…sebab sebelum ni tak pernah post apa-apa pun pasal member unimap aku nieh..dah masuk sem 5 baru terhegeh-hegeh nak post pasal diorang..Haha…Kejam tak aku?? Sangat-sangat kejam kan…Haha..Takpelah yang penting sekarang aku dah berjaya buat entry untuk diorang..Haha..Dekat bawah nieh ada la gambar-gambar mengarut yang kiteorang ambik..Bosan-bosan tunggu bas snap-snap la sekejap..almaklumlah handphone masing-masing semuanya canggih-canggih belaka, termasuklah aku sekali..Haha..Takpelah just enjoy what I have did..Lepas ni baru post detail punye pasal diorang..Buat masa ni post gambar-gambar mengarut jelaa..Hihi :P










 Dari kiri: Muhammad Nur Hanif Bin Ibrahim nombor matrik 101220715, tengah-tengah: Hidani Binti Moklas nombor matrik 101220293, hujung nun: Abdul Rahim Bin Nanyan nombor matrik 101220015, tiada dalam gambar Nur Farhanah Binti Hariri nombor matrik 101220931  :P        










Serba sedikit dialog yang berada di minda kami :P









Senyum sokmo :P 
p/s= ignore budak yang tengah-tengah tuh, tu bukan senyum tu









Senyum dan terus senyum..itulah kami..Hihi









Ini saya, sedang snap picture kawan-kawan saya..Hihi







That's all...thank you for visiting..Haha..Nantikan picture-picture yang lain..Jumpa lagi yaa.. :P





Read More 0 comments | Dicoret oleh anip ibrahim edit post

Apa yang aku rasa



Apa yang aku rasa sekarang?
Rasa macam takde semangat untuk study.

Apa yang aku rasa sekarang?
Rasa apa yang aku buat selama nie hanya sia-sia.

Apa yang aku rasa sekarang?
Rasa macam nak stop study. Tapi, tinggal setahun je lagi.

Apa yang aku rasa sekarang?
Rasa aku tak sesuai dengan bidang business (baru nak pertikaikan?) selama nieh?

Apa yang aku rasa sekarang?
Rasa menyesal dengan apa yang aku dah buat sekarang.

Apa yang aku rasa sekarang?
Rasa macam dah sia-siakan harapan ibu bapa.

Apa yang aku rasa sekarang?
Rasa macam orang bodoh dan tak guna.

Apa yang aku rasa sekarang?
Rasa tak selesa dengan keadaan rumah sekarang (Dah lama-lama nanti ok kot, mintak-mintak laa)

Apa yang aku rasa sekarang?
Rasa macam nak lari dari segala masalah.

Apa yang aku rasa sekarang?
Rasa macam nak terjun bangunan je sekarang..Haiissh, apa pun tak boleh :P



Read More 0 comments | Dicoret oleh anip ibrahim edit post

Baju baru! baju baru!



Salam Semua,


Hehehe..baru-baru nie aku ada beli baju baru..nampak smart jugak laa.. first time tengok je dah mula terpikat. So, aku rembat la sehelai..Tapi, kaler tak berapa nak menarik pulak lah..Haha..tak kontra dengan warna kulit..Huhu..Kaler kulit tak berapa cerah tapi memandai-mandai beli baju warna nieh…Aku tak sure yang baju nie kaler ape sebenarnya, sekali pandang macam kaler purple tapi bila dua kali pandang macam kaler pink pun ada..Haha :P Tapi, tak kisah lah..asalkan smart..Huhu





Ok..nie la baju yang aku cakapkan tuh...Cantik kan? Haha :P Cantik laa sangat!!
Read More 0 comments | Dicoret oleh anip ibrahim edit post

Jom Update Blog!!


Uhuk3x, tak tahu nak mulakan macam mana sebab dah lama sangat tak update blog..Huhu..Dah bersawang dah aku tengok..Sini sawang sana sawang mana-mana je bersawang..Rimas dah aku tengok...ahakz :P Takpe laa, by the way, memang dah lama nak update blog ni lagi pun, cumaaa, errr cumaaa, cuma takde  masa kot, lagipun takde idea nak tulis blog ni semua..kering idea dah..Hihi Tapi sekarang idea dah melimpah-ruah sampai dah tak tahu nak letak kat mana..Hahaha



Jap, rasanya aku tak bagi salam lagi nieh..Assalamualaikum w.b.t. Haa! apa lagi jawab la salam aku tuh.. :P



Ok, continue balik...Hihi 
Sebenarnya aku baru jer habis praktikal.....Ehh, sekejap, perlu ke aku cerita ni semua...macam tak perlu je..Haha..Lantaklah ni blog aku suka hati aku la nak cerita apa pun...ada korang kesah?? Takde kan...Okay, berbalik semula kepada cerita aku tadi tuh..Praktikal aku kali nieh sangat membosankan, ceh, macam la sebelum ni pernah praktikal...Haha..Takpe laa, tak kisah la apa pun..yang aku kisah sekarang nieh praktikal aku adalah sangat membosankan..Noktah!! 
Bukan apa, kerja aku asyik call orang,hantar email, buat surat, buat slide, kacau orang (Maksud aku kacau member-member yang praktikal kat company yang lain dengan menelefon diorang sambil menyamar sebagai Khairul) Haha..yang ni sumpah kelakar...Hahaha...DAN, yang ni betul-betul buat aku puas hati...Seratus peratus puas hati!! Aku buat ni pun just for fun sebab dah bosan tahap dewa dah time tuh..asyik call clients je nak jugak call-call member..Tapi call member dengan cara yang salah laa...Sorry ye member tak pasal-pasal jadik mangsa aku...Hahaha




Ok la nak serius pulak..dari tadi asyik tergelak je..back to normal please..Sebenarnya praktikal ni dah banyak mengajar aku untuk jadik usahawan, totally banyak..Antara contoh-contohnya ialah cara nak berkomunikasi dengan customer dan nak handle diorang-diorang nieh semua..macam-macam ragam dah aku tengok diorang nieh..Ada yang kadang-kadang baik dan ada jugak kadang-kadang macam nak tak nak je jawab soalan..normal lah tuh kan...Aku pun dah biasa dah dengan ragam diorang-diorang nieh semua..dah naik lali dah..Hmm, ok la aku rasa macam banyak je lagi aku nak celoteh, tapi tulaa tangan dah tak mampu nak menaip dah..Letih!! Haha..Okay la, aku just simpulkan jela kay, actually praktikal ni memang banyak mengajar aku..ok done!! :P




Owh, sebelum aku terlupa, terima kasih diucapkan kepada member-member yang sudi meluangkan masa untuk berSeoul Garden dengan aku..Haha..Terima kasih banyak-banyak..Kalau korang nak tahu ni first time aku makan kat Seoul Garden..Kadang-kadang terasa jakun pun ada tapi aku buat relax je..Sebab aku ni kan seorang yang sangat cool.. Korang pun tahu kan...Haha :P Peace!!

Read More 0 comments | Dicoret oleh anip ibrahim edit post

SoMeDaY~~




I wish I can play the guitar like this someday..Hihi
Read More 0 comments | Dicoret oleh anip ibrahim edit post

Sem 4 yang sangat memBOSANkan!!!




Entah la...aku rasa sem kali ni paling membosankan..Tak tahu kenapa...Hmm, mungkin dapat Lecturer yang tak best kot..Tapi,kalau nak diikutkan sem lepas pun dapat Lecturer yang tak best jugak kot....Tak BEST plus GARANG..Haha..Jahat tak aku?? Actually, tak garang mana pun sebenarnya..Mungkin persepsi orang lain yang cakap dia garang kot...Aku rasa dia okay jer...Hehe..Tapi, takpe la Miss Syuhadah..Terima kasih laa sebab dah mengajar kiteorang even kelas kami tak termasuk dalam carta teratas dalam hati Miss..Thanks sekali lagi!! Hehe






Macam dah lari tajuk plak aku rasa..haha..Takpe-takpe..NEXT!!







Berbalik kembali cerita aku yang sebenar...aku rasa sem kali ni membosankan sebab mungkin jadual waktu yang aku rasa terlalu PACK sangat-sangat!! Sem lepas kalau nak diikutkan antara hari isnin dengan jumaat mesti ade salah satu hari yang akan aku dok Goyang Kaki kat rumah...Tapi, sem kali ni...xde langsung kot!! Dapat goyang kaki hari sabtu dengan ahad je..Mane cukup!! Aku nak lebih....Dah laa tiap-tiap pagi kena bangun awal sebab kelas hari-hari start pukul 8 pagi kot!! Ini semua berpunca daripada Miss Syuhadah..Sebab dia sendiri yang buat jadual waktu ni semua..Aku rasa la kan mungkin dia nak balas dendam kat kiteorang kot..Sebab tu atuq jadual cantek-cantek!! Takpe la, aku redha dan pasrah dengan apa yang kau beri..(Redha itu ikhlas Pasrah itu menyerah) Haha :P







Sebab lain??









 Hmm, entah laa...aku rasa sebab kena beratur panjang nak mandi kot...Sem kali ni aku paling menyampah tahap baboon kot..Terpaksa tunggu giliran nak mandi sebab semua kelas pukul 8....Nak dijadikan cerita ada ler sorang Mamat tuh mandi kemain lama..aku tak tahu la dia buat apa kat dalam bilik air tuh...Kira bulu agaknya..Marah nieh, marah nieh...Bukan apa, cuba la fikir sikit ramai lagi orang kat belakang tuh yang nak mandi..Please laa, ingat-ingat la orang kat belakang termasuk aku sekali...yang aku peliknya even dah lambat pun Mamat tu still mandi lama..Ape cer?? Nak kata bangang nanti takut marah plak nanti...Hai, nasib-nasib...








Sebab lain lagi?? 








Aku tak rasa ni betul ke tak..Tapi, melalui pemerhatian aku la kan..Ramai dikalangan classmate aku yang dah berubah..Berubah dari segi apa?? Entah..susah aku nak cakap...Tapi, tu cuma melalui pemerhatian aku je laa..Tak tahu la benda ni betul ke tak..Mungkin awal-awal sem je kot diorang buat perangai macam nieh...Dah lama-lama nanti ok la kot....Takpe just wait and see...








Lagi??









Takde lagi kot...Haa!! Lupe plak..Nak cerita sikit pasal birthday present yang aku dapat dari seorang hamba Allah ni..Namanya Wani (Bukan nama sebenar) Dia dengan segala hormatnya telah menghadiahkan aku Tie kaler KELABU TAIK ANJING..Walaupun birthday aku lambat lagi time tuh..Tapi, takpe laa...Dia pun ada cakap yang hadiah ni sekali dengan hadiah tahun lepas punya..Dia cakap dia memang nak bagi tahun lepas tapi tak tahu nak bagi apa...By the way, thanks Wani...appreciate sangat-sangat dengan apa yang kau bagi walaupun tak seberapa...Hehe :P





Ni la dia Tie Kaler KELABU TAIK ANJING yang aku cakapkan tuh...Cantik tak? Cantik tak? cantik kan?



Ok laa...itu je kot yang aku nak share dengan korang...Papehal pon...Even aku tak suka sem  baru kali ni... Study tetap study...Jangan lupa tu nip...Pastikan result sem ni dapat yang gempak-gempak...Walaupun kau kurang pandai tapi kalau kau rajin mesti boleh berjaya punya...(Study smart but not study hard) Still ingat lagi kata-kata cikgu math aku nieh sampai sekarang...Tapi kalau tengok ayat tu balik study hard pun penting gak tuh..Hehe..
Okay laa... Bye!! :P







Read More 0 comments | Dicoret oleh anip ibrahim edit post

Aduhai Anip..

Salam, hmm, baru jer tengok result...memang damn it!! Teruk kot...tiada peningkatan langsung..tapi, sangat2 bersyukur diatas segala tungkus lumus sendiri...Alhamdulillah..even tak seberape..its okay...cume perlu usaha je lagi...come on nip..you just have only three sem that you must face it....tak kan nak main2 lagi....wake up nip!! you needs changes starting from now...don't play-play lagi woii....Kalau parents tau result aku macam nie..memang damn it!! sah-sah kene tibai...confirm!!

Okay ar, starting from aku nak berubah dan rajin bace buku, ulang kaji ape yang patut, susun waktu belajar, kurang kan sikit waktu tidur dan macam2 lagi....Tapi ingat wahai anip, jangan pandai menaip dan berkata2 jer lebih tapi tak buat ape yang dirancang..Okay, aku promise..JANJI!!

Dan seperkara lagi tunaikan juga kau punye resolutions yang dah kau buat tuh...Jangan nak buat endah tak endah jer...Okay!!
Read More 0 comments | Dicoret oleh anip ibrahim edit post

Sem Baru


Wah, pejam celik pejam celik dah masuk sem baru dah pon...laju betol mase berlalu, mengalahkan kelajuan beskal aku rase...haha... papepon, bile dah masuk sem baru nie  semangat pon kene la baru jugak kan?? betol tak? Hmm, bile imbas muka balik sem-sem yang lepas banyak betol pengalaman and kenangan yang dah aku alami..chewwah, banyak ker? haha...banyak la jugak...Korang pon mesti ade jugak kan..kadang-kadang ade waktu korang happy gila, ade waktu rase sedih sampai air mate nie berjurah-jurah keluar. Ade gak mase, korang rase confuse kan... Ape2 pon itu sume lumrah kehidupan..sesape pon memang tak boleh lari dari benda nie semua..kan? kan?

Hmm, when it comes to the new sem, boleh dikatakan everyone
comes with their own evaluation of themselves.
Yelaaa, kite kene imbas muka balik ape yang kita dah buat
sepanjang sem-sem yang dah lepas whether it was good, awesome or even bad kan.

But it doesn't matter actually as we have to let
bygones be bygones. Setuju tak? Hmm, memang la kita tak boleh 
endahkan mistakes kita yg lalu n 
get lessons from them, but somehow,
we have to learn how to forgive and forget. 
Sometimes it helps to move on with better spirit
and better vision with our life.

For me, sem-sem yang lepas is the mostly many mistakes yang aku dah buat and aku dah pon dapat pengajaran and handle it with myself...Tahniah untuk diri sendiri!! Cayalah anep!!

Orait laa...bersempena dengan sem baru nieh, aku pon nak jugak comes out with my new sem resolutions. Tak kan korang je yang ade kan..aku pon ade jugak...
Azam baru aku untuk sem nie adalah:

  • Always making the best effort to be closer to Allah
  • Always thinks positive compare to negative
  • Be nicer to people regardless who they really are
  • I dont want to be late and kalau boleh nak slalu on time especially going classes
  • I want to be more matured (slame ni agak childish sket, haha)
  • I want to be more organized this sem. heww
  • Want to be more hard-working dan tak nak malas2
  • Reduce the sleep time..haha
  • Always going to the library coz library dah cantek n baru
  • Reduce facebooking and always face to book..haha
  • Last but not least, I want to forgive all people


Fuhhh..banyak tak..haha..takde la banyak mane pon...korang punye mesti lagi banyak dari aku kan...Hehe
Papehal pon hopefully azam sem baru aku nieh menjadik n berkesan... :P Peace!!
Read More 0 comments | Dicoret oleh anip ibrahim edit post

Anak buah aku yang bajet comel..

Haha...Bajet comel? comel ke? Of course la comel...comel macam pak cik die jugak..haha..Nak tengok comel ke idak meh tengok picture die..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tadaaa!!!
Comel kan..sebijik macam pak cik die..huhu
Nama penuh: Muhammad Rasyid Danial
Umur: Dah nak masuk 3 tahun

Nama pon xde la glamer mane pon cam orang lain yang suke sangat letak nama2 watak ceghite novel bagai..haha..mungkin depa suma dah moden agaknye...sampai letak name pon nak glamer2 bagai..Haha..lantak korang laa..asalkan korang bahagia...

P/S...Tak lame lagi nak dpt adik dah nie..waaa!! bertambah2 la anak buah aku kalau macam nieh..



haaa!! yang second nie pon comel jugak nieh...lebih kureng macam pak cik die gak nieh..haha..nak tgk??
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Cak!!!
Ok, yang sebelah kiri tuh abang die..takde ler comel mane pon, suam-suam kuku jer, comel lagi adik die...haha..sori Duan..pak cik anip terpaksa jujur... peace!! :P Kalau nak tau anak buah aku yang sorang nie baru je lepas PMR n result die bapak gempak!! ngalahkan result PMR akuh kowt!! Dapat 8A 1C..yang C nye tuh..hehe..Bahasa Arab laa..ape lagi...Ok la tuh, Arab aku pon x penah dapat C kot..haha...Bodohnye aku time tuh...Tapi, aku rase bukan sebab aku bodoh kot ini mungkin disebabkan oleh sifat kemalasan aku sendiri yang malas nak belajar...haha..

Ok,yang bawah nie gambar Danieal yang dah besar...Dah pandai berjalan dah budak nieh sekarang...haha..

Excited sangat nak berjalan..Nah, berjalan la kau puas2..hehe




Black and White




Inilah yang dinamakan BAJET COMEL..haha..tapi, memang comel pon...




Style gak picture nieh... :P




Pandai posing budak nieh rupenye..haha



oke...da puas cerite pasal prince..la nie nak cerite pasal princess plak...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ok, yang kiut miut nieh namenye Nurrasyiqah..name xde la glamer mane pon..hehe..tapi, kire ok la 2..style gak name die...Die nie klaka kowt..tergelak aku tengok perangai die nieh..macam-macam perangai!! haha..biase ler..budak kecik la katekan kan..Lagi satu, budak nie aku rase dah besar nanti mesti bijak..tengok pada gaya dah tau dah..hehe..Dah besar nanti boleh la jadik Doctor yer ika... :P
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ok, yang bawah nie plak adik die...lagi kiut miut..Nur Izzati namenye..simple name..but, its ok..asalkan Izzati comel...hehe..xde pape nak cite pasal beliau nieh sebab still kecik lagi...haha

Syoknye die tido...










The moral of the story is "Haiya!! ramai dah anak buah aku sekarang..abis la abang n akak aku kalau macam nieh kene bagi duit raye kat anak2 buah...haha...aku xpe lagi, sebab aku still belajar"... :P



TAMAT
Read More 0 comments | Dicoret oleh anip ibrahim edit post

Masalah oo masalah...


"MASALAH"
Kalau nak diikutkan semua orang ada masalah kan? tak kira lah masalah keluaga ke, kewangan ke, study ke dan macam2 masalah lagi lah...Tapi, mamat yang kat atas nieh sibuk cerita pasal masalah dia dengan seorang manusia.. Nak tahu lebih lanjut?? Kena la tengok sampai habis..klaka kot..Enjoy!

Read More 0 comments | Dicoret oleh anip ibrahim edit post

Cuti Sem

Argghh!! bosan la plak bile dah cuti nieh...tak tau nak buat ape...asyik online, tido, makan, pastu tido balik pastu makan pastu online pastu..ahh, berape banyak pastu daa....Tapi, memang bosan tahap gaban dah nieh...sebelum cuti beriye2 nak cuti la ape la..bile dah cuti..hmm..haram...tapi, tak ape la..dapat gak release tension n rehat2kan badan...almaklum laa..baru lepas final exam la katekan...penat study, buat assignment n presentation semua..Ok la, walau pape pon nep, enjoy your holiday!!
Read More 0 comments | Dicoret oleh anip ibrahim edit post

Aku dan Blog

Macam tak percaya..aku sendiri dah ade blog..haha..sebenarnye dah lame dah nak ceburi bidang blogger ni semua..tapi, bile difikirkan balik kejadahnye ade blog nie semua...xde motif kot...last2, terjebak jugak aku ngan dunia blog nie..haha..bukan ape,sengaje je buat blog nie..macam best je..lagi satu sebab nak mencube..tak salahkan kalau kite nak mencube sesuatu yang baru...yup!! memang tak salah...ok laa..papehal pon anep, Welcome to the Blogger world!!
Read More 0 comments | Dicoret oleh anip ibrahim edit post
Newer Posts Home

BLOG BUDAK BLUR

  • About Me
      Nothing special about me, just a simple person and quiet person...That's it....
  • .

    Followers

    Blog Archive

    • ▼ 2012 (14)
      • ▼ October (2)
        • No caption, just pictures only :P
        • C.I.N.T.A
      • ► September (4)
        • Member Unimap
        • Apa yang aku rasa
        • Baju baru! baju baru!
        • Jom Update Blog!!
      • ► July (1)
        • SoMeDaY~~
      • ► February (3)
        • Sem 4 yang sangat memBOSANkan!!!
        • Aduhai Anip..
        • Sem Baru
      • ► January (4)
        • Anak buah aku yang bajet comel..
        • Masalah oo masalah...
        • Cuti Sem
        • Aku dan Blog
  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit

    © Copyright .. All rights reserved.
    Designed by FTL Wordpress Themes | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Smashing Magazine

    Back to Top