• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
Blue Orange Green Pink Purple

MUHAMMAD NUR HANIF BIN IBRAHIM

23 YEAR'S OLD


LOVE MUSIC AND LOVE GUITAR


STUDENT FROM UNIMAP


MUSIC IS MY ESCAPE

No caption, just pictures only :P





















Sekian Terima kasih...Thank you semua!!! Love you all!! :P




Read More 0 comments | Dicoret oleh anip ibrahim edit post

C.I.N.T.A


Assalamualaikum w.b.t,


Kali ni saja-saja nak post pasal cinta..Tak tahu kenapa tiba-tiba pulak nak post benda pasal cinta nieh...
Ok takpelah, sekarang ni aku nak cerita macam mana nak kenal pasti atau mengetahui sama ada seseorang (Perempuan) tu menyintai kita (Lelaki). Untuk mengetahui seseorang perempuan itu menyintai lelaki tersangatlah banyak sebab benda nie terpulang kepada individu itu sendiri. Jadi disini aku nak bagitahu  dahulu sebelas langkah seseorang itu menyukai kita. Hehehe :P

1. Dia sering membuat ‘eye contact’ dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seseorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.

2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar, sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.

3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.

4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya ‘body contact’ dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.

5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, “adalah…” sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda.

6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.






7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.

8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan “bosannye…..” atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan “aku belanja”.

9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang ‘stalker’! :P

10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda.

11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.
Read More 0 comments | Dicoret oleh anip ibrahim edit post
Newer Posts Older Posts Home

BLOG BUDAK BLUR

  • About Me
      Nothing special about me, just a simple person and quiet person...That's it....
  • .

    Followers

    Blog Archive

    • ▼ 2012 (14)
      • ▼ October (2)
        • No caption, just pictures only :P
        • C.I.N.T.A
      • ► September (4)
      • ► July (1)
      • ► February (3)
      • ► January (4)
  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit

    © Copyright .. All rights reserved.
    Designed by FTL Wordpress Themes | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Smashing Magazine

    Back to Top